Setiap
hari boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan penuh kebahagiaan
bagi orang Kristian yang telah mengalami realiti hidup yang dipenuhi
oleh Roh Kudus dan yang mahu hidup terus-menerus di bawah pimpinan
anugerah-Nya.
Alkitab
menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu:
1. Orang
Duniawi
(orang
yang belum menerima Kristus)
"Tetapi
manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal daripada Roh Kudus,
kerana hal itu baginya adalah suatu kebodohan; dan ia tidak dapat
memahaminya, sebab hal itu hanya dapat dinilai secara rohani." I Korintus 2:14
Orang
yang dikuasai oleh diri sendiri
Si Aku bertakhta dalam
hidup
Kristus di luar hidup
seseorang
Semua keinginan
dikuasai oleh diri sendiri, berakhir dengan kekacauan dan
kekecewaan
2. Orang Kristian Rohani (orang yang telah
menerima Kristus dan yang mahu dipimpin oleh Roh Kudus)
"Tetapi manusia rohani menilai segala
sesuatu, tetapi ia sendiri tidak dinilai oleh orang lain." I
Korintus 2:15
Orang
yang dikuasai oleh Kristus
Kristus bertakhta
dalam hidup
Si Aku turun dari
takhta dan menyerah kepada Kristus
Semua keinginan
dikuasai oleh Tuhan dan menghasilkan keserasian sesuai dengan
rancangan Tuhan
3. Orang Kristian Duniawi
(orang
yang telah menerima Kristus, tetapi hidup dalam kekalahan kerana
bersandar kepada kekuatannya sendiri untuk menjalani hidup sebagai
seorang Kristian)
"Dan
aku, saudara-saudara, pada waktu itu tidak dapat bercakap dengan kamu
seperti dengan manusia rohani, tetapi hanya dengan manusia duniawi
yang belum dewasa dalam Kristus. Susulah yang kuberikan kepadamu
bukanlah makanan keras, sebab kamu belum dapat menerimanya. Kerana
kamu masih manusia duniwi. Sebab jika di antara kamu ada iri hati dan
perselisihan bukankah hal itu menunjukkan bahawa kamu manusia duniawi
dan bahawa kamu hidup secara duniawi juga?" 1 Korintus
3:1-3
Orang
yang dikuasai oleh diri sendiri
Si Aku bertakhta dalam
hidup
Kristus turun takhta
Semua keinginan
dikuasai diri sendiri berakhir dengan kekacauan dan putus asa
Yang manakah di antara
ketiga-tiga jenis manusia itu menggambarkan hidup anda? Apakah anda
ingin menjadi seorang Kristian rohani yang dipenuhi dan dikuasai oleh
Roh Kudus sekarang juga?
Berikut ini ada 4
kebenaran dasar yang boleh membantu anda menjadi seorang Kristian
rohani yang dipenuhi dan dikuasai oleh Roh Kudus.
1
Tuhan
telah menyediakan bagi kita kehidupan Kristian yang berkelimpahan dan yang
penuh dengan buah-buah yang baik
Yesus berkata: "Aku
datang supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam
segala kelimpahan." Yohanes 10:10
Akulah pokok anggur dan
kamulah cabang-cabangnya. Barangsiapa yang tinggal di dalam Aku
dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab tanpa Aku kamu
tidak dapat berbuat apa-apa." Yohanes
15:5
"Tetapi buah Roh
ialah: kasih, sukacita, damai-sejahtera, kesabaran, kemurahan,
kebaikan, kesetiaan, kelemah-lembutan, penguasaan diri. Tidak ada
hukum yang menentang hal-hal itu." Galatia
5:22,23
"Tetapi kamu
akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu
akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan
Samaria dan sampai ke hujung bumi." Kisah Para Rasul
1:8
Orang Kristian Rohani
Berikut adalah beberapa ciri rohani yang dihasilkan akibat mempercayai
pada Tuhan.
Hidupnya
dikuasai oleh Kristus
Rajin bersaksi tentang Kristus
Kehidupan doa yang efektif
Memahami firman Tuhan
Percaya kepada Tuhan
Taat kepada Allah
Kasih
Sukacita
Damai-sejahtera
Kesabaran
Kemurahan
Kebaikan
Kesetiaan
Kelemah-lembutan
Penguasaan diri
Banyak mana ciri-ciri ini tertonjol bergantung kepada
banyak mana seseorang Kristian itu menyerah kepada Tuhan dan kepada
kematangan Kristiannya. Seseorang yang baru mulai memahami pelayanan
Roh Kudud tidak harus berasa kecewa jika dia tidak berbuah seperti
orang Kristian yang lebih matang yang telah lama mengenal dan
mempraktikkan kebenaran ini.
Apakah sebabnya
kebanyakan orang Kristian tidak memiliki hidup yang berkelimpahan dan
penuh kebahagiaan itu? Sebab ...
2
Orang Kristian duniawi tidak dapat mengalami hidup yang berkelimpahan dan
penuh dengan buah-buah yang baik itu.
Orang Kristian yang bertabiat duniawi
itu bersandar kepada kekuatan peribadi
untuk hidup sebagai orang Kristian:
Orang Kristian Duniawi
Berikut adalah beberapa ciri yang mungkin dimiliki oleh orang Kristian
yang tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada Tuhan.
Tidak tahu
tentang warisan rohaninya
Tidak percaya
Tidak taat kepada Tuhan
Kehilangan kasih kepada Tuhan dan orang lain
Jarang berdoa
Tiada keinginan untuk menelaah Alkitab
Sifat
legalistik
Memikirkan hal-hal yang kotor
Cemburu
Cemas dan bimbang
Suka mengkritik
Kecewa
Mudah putus asa
Ketidaktentuan
Orang
Kristian yang memiliki ciri-ciri sedemikian itu hendaknya mengerti bahwa
ia mungkin belum menjadi orang Kristian yang sungguh-sungguh dan
menyedari apa yang dikatakan di dalam 1
Yohanes 2:3; 3:6,9;
Efesus
5:5. Klik di
sini untuk menemukan bagaimana anda boleh yakin bahawa anda seorang
Kristian.
Kebenaran dasar yang ketiga memberikan kita jalan
keluar dari persoalan ini...
3
Tuhan Yesus
telah menjanjikan kehidupan yang berkelimpahan dan yang penuh dengan
buah-buah yang baik itu sebagai hasil daripada hidup yang dipenuhi
oleh Roh Kudus.
Kehidupan yang dipenuhi
oleh Roh Kudus adalah kehidupan yang dipimpin dan dikuasai oleh Kristus,
di mana Kristus hidup di dalam dan melalui hidup seseorang dengan kuasa
Roh Kudus.(Yohanes
15).
Seseorang
menjadi orang Kristian oleh sebab pekerjaan Roh Kudus, sesuai dengan
Yohanes
3:1-8. Sejak detik kelahirannya secara rohani, orang itu telah
didiami oleh Roh Kudus setiap masa. (Yohanes
1:12; Kolose
2:9, 10; Yohanes
14:16, 17). Akan tetapi meskipun
semua orang Kristian telah didiami oleh Roh Kudus, namun bukan semua
orang Kristian dipenuhi (dipimpin dan dikuasai) oleh Roh Kudus.
Roh
Kudus adalah sumber kehidupan yang berkelimpahan itu (Yohanes
7:37-39).
Roh
Kudus datang untuk mempermuliakan Kristus (Yohanes
16:1-15). Apabila seseorang itu dipenuhi oleh Roh Kudus, dia
adalah murid Kristus yang sejati.
Di dalam
pesan-Nya yang terakhir sebelum kenaikan-Nya ke syurga, Kristus
menjanjikan kuasa Roh Kudus untuk membolehkan kita menjadi
saksi-saksi-Nya (Kisah
Para Rasul 1:1-9).
Kalau begitu bagaimanakah
seseorang dapat dipenuhi oleh Roh Kudus?
4
Kita
dipenuhi oleh Roh Kudus
dengan iman; hanya dengan iman kita dapat hidup dalam kelimpahan dan
mengeluarkan buah-buah yang baik, sebagaimana telah dijanjikan oleh Kristus
bagi setiap orang Kristian.
Anda boleh dipenuhi oleh
Roh Kudus sekarang juga, jika anda:
Mengakui
segala dosa-dosamu.
Dengan iman, bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda telah
memiliki pengampunan dosa -- baik yang dilakukan dahulu, sekarang,
mahupun pada masa yang akan datang, kerana Kristus telah
menyelesaikannya di atas salib.
(Kolose
2:13-15; I
Yohanes 1; 2:1-3;
Ibrani
10:1-17).
Menyerahkan
semua segi kehidupan kepada Tuhan
(Roma
12:1, 2).
Dengan iman
mintalah supaya anda dipenuhi oleh Roh Kudus. Ingatlah kedua-dua hal
berikut:
1. Perintah-Nya:
Hendaklah kamu dipenuhi oleh Roh Kudus
"Janganlah kamu mabuk oleh anggur kerana anggur menimbulkan
hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh." (Efesus
5:18)
2. Janji-Nya:
Tuhan mengabulkan doa kita apabila kita berdoa sesuai dengan
kehendak-Nya.
"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa
Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya
menurut kehendak-Nya. Dan jika kita tahu bahawa Ia mengabulkan apa
saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahwa kita telah
memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta
kepada-Nya."
(I Yohanes 5:14-15)